Jalur Gemilang
Berita :
Elaun Imam, Bilal, Muballigh, Guru KAFA Wajar Dipertingkatkan
Elaun Imam, Bilal, Muballigh, Guru KAFA Wajar Dipertingkatkan
Al-Qushairi
18 jam yang lepas
319

SETIU, 18 November – Kerajaan Negeri Terengganu disaran mempertimbangkan peningkatan elaun imam dan bilal, muballigh serta guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sebagai pengiktirafan terhadap khidmat dan pengorbanan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata,  golongan terbabit memainkan peranan penting dalam menyampaikan dakwah serta membimbing masyarakat.

"Saya sedar bahawa institusi agama ini telah sekian lama melalui pelbagai cabaran dan dipinggirkan, khususnya sejak berlaku penjajah telah memberi kesan besar terhadap kedudukan dan peranan institusi Islam dalam pentadbiran serta kehidupan masyarakat.

"Antara kesan yang masih dapat kita rasai sehingga hari ini ialah institusi agama tidak diberikan kedudukan dan perhatian yang sewajarnya.

"Sedangkan Islam merupakan agama yang menjadi asas kepada pembentukan identiti, nilai dan jati diri masyarakat Melayu di negara ini,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan enakmen Perbekalan 2027 pada Persidangan Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-15 di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata kini telah tiba masanya untuk kerajaan negeri mengangkat kembali martabar institusi agama dan memperkukuhkan kedudukannya.

"Serta memberikan perhatian yang lebih serius terhadap pembangunan serta kebajikannya.

"Jangan sampai kita mewarisi kemerdekaan negara, tetapi masih mewarisi sikip meminggirkan institusi agama,"ujar beliau.


Tag :

Utama
Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan