KUALA NERUS, 23 Oktober - Kontijen Pegawai Tadbir Negeri (PTN) Terengganu membuktikan kecekalan luar biasa apabila bangkit merampas pingat emas kemuncak Sukan Empat Negeri 2026 menerusi acara Karom, petang tadi.
Kejayaan manis itu hadir selepas Terengganu dikejutkan dengan 'tumbang dua kali' berturut-turut dalam acara bola tampar dan bola sepak tempoh hari.

Dalam aksi acara yang bermula dari pagi tadi, Terengganu menyapu bersih kesemua tiga perlawanan berpasukan menentang Kedah (3-2), Kelantan (5-0), dan Johor (4-1) untuk mengutip mata penuh, sekali gus menyambar emas idaman.

Kedah sekadar berpuas hati di kedudukan Naib Juara dengan 53 mata selepas meraih gangsa acara karom, manakala Johor di tempat ketiga (44 mata) dan Kelantan di tangga keempat (15 mata).
