Jalur Gemilang
Berita :
Lebih 1,000 peserta semarak Langkah Sihat DUN Ajil
Lebih 1,000 peserta semarak Langkah Sihat DUN Ajil
Muhammad Aqil Mat Ali
11 jam yang lepas
174

HULU TERENGGANU, 19 September — Lebih 1,000 peserta daripada pelbagai peringkat umur menyertai program Langkah Sihat Bukit Bading atau Brisk Walk DUN Ajil 2026 sejauh empat kilometer di Dataran Pasar Malam FELDA Bukit Bading, hari ini.

Program yang berlangsung dalam suasana meriah itu turut menyaksikan peserta tampil mengenakan pakaian tradisi dan menutup aurat, selaras dengan tema yang ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) , Maliman Kassim, berkata program berkenaan bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat melakukan aktiviti riadah, malah menjadi medium untuk mengeratkan hubungan ukhuwah dalam kalangan komuniti.


“Alhamdulillah, saya diberi kekuatan oleh Allah Taala walaupun dalam keadaan berkerusi roda untuk hadir bersama sahabat-sahabat di sini.

“Saya rasa seronok apabila melihat peserta berasa seronok, segar dan bersemangat menyertai program ini,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Menurut beliau, penganjuran aktiviti sebegini penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan, termasuk kesihatan dalaman dan luaran.


Maliaman berharap program berkenaan dapat terus menjadi platform yang menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, di samping memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam komuniti.

Program Langkah Sihat Bukit Bading itu menghimpunkan peserta daripada pelbagai lapisan usia dalam suasana santai, sekali gus menjadikan aktiviti riadah berkenaan sebagai wadah penyatuan masyarakat setempat.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan