KUALA TERENGGANU, 27 April - Itu luahan pengendali pasukan Terengganu FC, Tengku Hazman Raja Hassan selepas skuad kendaliannya sekadar seri 2-2 menentang Negeri Sembilan FC, sekalipun telah mendahului dan berkelebihan dua jaringan pada separuh masa pertama, dalam perlawanan Liga Super Malaysia, pada Sabtu.
"Ah, no komen. Anda tengok sendirilah. Tapi sedikit kecewa, memang kecewa, memang kecewa, memang kecewa," luahnya ketika ditanya tentang situasi kontroversi yang menghasilkan gol kedua pelawat.
Menurut Tengku Hazman, sebelum itu beliau terpaksa mengeluarkan Gervane Kastaneer dan Kyaw Min Oo akibat kecederaan sebelum rehat separuh masa.
"Sebab bagi saya, tak ada coach hendak bawa keluar 'first half' kan. Lebih-lebih lagi minit ke-40, kan? (Keadaan) agak kritikal, jadi terpaksa saya bawa keluar.
"'Second half' itu kita nampak nampak ketara kita punya 'rythm', kita punya 'gap'. Bila kita gantikan pemain baru, saya rasa benda tu yang nampak, nampak ketaralah. Sebab kita apa, 'keep it loose' dan terbuang hilang bola.
"Macam sebelum ni Kasta (Kastaneer) ada dia banyak hold bolalah. Kita dapat main dan agak ketara bila ketiadaan Kasta tu saya nampak agak ketaralah. Kita tidak dapat menguasai bola," jelasnya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) itu.
Mengulas penampilan Yann Mabella yang bermain buat kali pertama selepas kembali dari kecederaan, beliau berharap Yann akan lebih cemerlang pada aksi bertemu Kuching City FC nanti.
"Yann Mabella, kalau kira untuk 'first game' dia ini, dia skor gol saya rasa okeylah untuk kredit itu. Tapi saya rasa masih lagi (kurang) self-confident dia. Saya nampak untuk 'fighting one against one' masih lagi kuranglah saya nampak kat situ," katanya.
Tag :