lightning-solid
Berita :
Mini Karnival Kesejahteraan Rakyat Terengganu DUN Manir Bakal Himpunkan Pelbagai Agensi
Mini Karnival Kesejahteraan Rakyat Terengganu DUN Manir Bakal Himpunkan Pelbagai Agensi
Ahmad Mawardi
7 jam yang lepas
314

HULU TERENGGANU, 26 Julai - Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir dijemput memeriahkan Mini Karnival Kesejahteraan Rakyat Terengganu 2026 peringkat DUN yang akan berlangsung pada 30 Julai ini (Khamis) bertempat di Kompleks Al-Kawthar, Kubang Lembek, bermula 9.00 pagi hingga 3.00 petang. 

Program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan badan berkaitan itu bertujuan mendekatkan rakyat dengan perkhidmatan serta pelbagai inisiatif kebajikan, kewangan, pendidikan dan pembangunan masyarakat yang disediakan oleh kerajaan negeri dan agensi terlibat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun berkata, seluruh warga DUN Manir diminta mengambil peluang menghadiri program berkenaan bersama ahli keluarga. 

"Karnival itu bukan sahaja membuka ruang kepada rakyat mendapatkan pelbagai maklumat, khidmat nasihat dan bantuan secara terus daripada agensi-agensi terlibat, malah menjadi platform mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan kerajaan," ujarnya.


Justeru itu, beliau berharap kehadiran orang ramai akan memeriahkan program tersebut sekali gus membolehkan lebih ramai penduduk menikmati manfaat serta peluang yang ditawarkan melalui pelbagai inisiatif kesejahteraan rakyat.

Pelbagai agensi dijangka mengambil bahagian sepanjang program itu termasuk KWSP, Tabung Haji, AKPK, MCMC, Jabatan Insolvensi Malaysia, PERKESO, PTPTN, YPU, Klinik Iman, CelcomDigi, THRDC, YAPEIM, Takaful Malaysia dan Jabatan Pembangunan Wanita.

Orang ramai disaran hadir awal bagi memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan yang disediakan sepanjang karnival berlangsung.


Tag :

Artikel Berkaitan