lightning-solid
Berita :
Permohonan Dibuka, PGSB Cari Kontraktor Teroka Emas di Setiu
Permohonan Dibuka, PGSB Cari Kontraktor Teroka Emas di Setiu
Husaif Mamat
16 jam yang lepas
274

KUALA TERENGGANU, 7 Ogos - Permint Granite Sdn Bhd (PGSB) mempelawa syarikat berpengalaman dan berkelayakan untuk melaksanakan kerja penjelajahan emas di dua kawasan di Setiu, Terengganu.

Kawasan terbabit terletak dalam lingkungan Kelulusan Lesen Penjelajahan atau Exploration Licence (EL) di Mukim Hulu Setiu dan Mukim Hulu Nerus.

Skop kerja yang ditawarkan merangkumi kajian geologi, geokimia dan geofizik, selain aktiviti pensampelan serta penggerudian.

Kontraktor yang dipilih turut bertanggungjawab menyediakan laporan teknikal mengikut keperluan pihak berkuasa berkaitan.

PGSB menetapkan syarikat yang berminat perlu mempunyai pengalaman dalam kerja penjelajahan emas, tenaga kerja kompeten dan peralatan yang mencukupi.

Syarikat terbabit juga perlu memiliki kemampuan kewangan bagi memastikan projek dapat dilaksanakan mengikut spesifikasi ditetapkan.

Permohonan dibuka kepada syarikat yang memenuhi syarat kelayakan serta mampu mengemukakan dokumen sokongan lengkap.

Tarikh tutup penghantaran dokumen ditetapkan pada 21 Ogos 2026.

Muat turun dokumen penuh untuk maklumat lanjut mengenai skop kerja, syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan serta tatacara penghantaran permohonan:

[Dokumen Iklan– Versi Bahasa Melayu PDF]

[Dokumen Iklan– English Version PDF]

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Permint Granite Sdn. Bhd. melalui maklumat perhubungan yang dinyatakan dalam dokumen iklan.



Tag :

Artikel Berkaitan