Jalur Gemilang
Berita :
Ribut Petir, Hujan Lebat Landa Seluruh Daerah Di Terengganu
Ribut Petir, Hujan Lebat Landa Seluruh Daerah Di Terengganu
Rohayati Ripin
4 jam yang lepas
74

KUALA TERENGGANU, 23 September - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang melibatkan seluruh daerah di Terengganu sehingga 6 petang hari ini.

Menurut amaran yang dikeluarkan pada 2.40 petang, keadaan berkenaan dijangka berlaku di Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Hulu Terengganu.

Orang ramai terutama pengguna jalan raya dinasihatkan supaya meningkatkan kewaspadaan ketika hujan lebat dan ribut petir, selain mengelakkan kawasan berisiko seperti lokasi mudah dinaiki air dan kawasan lapang ketika berlaku kilat.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.




Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan