lightning-solid
Berita :
Siapa Bakal Juara Piala MB Terengganu 2026?
Siapa Bakal Juara Piala MB Terengganu 2026?
Mohd Irsyadi Abu Bakar
17 jam yang lepas
372

KUALA NERUS, 25 Julai- Juara Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2025/2026 akan dinobatkan petang ini diantara Kuala Nerus dan Besut.

Kemenangan Besut FC dalam perlawanan separuh akhir pada Rabu, menyaksikan pertembungan kedua-dua pasukan yang tampil buat kali pertama di pentas akhir.

Penolong jurulatih Besut, Muhamad Nazeri Deraman berharap, pasukannya mampu merangkul kejuaraan itu musim ini.

"Kami akan mempersiapkan pasukan untuk perlawanan akhir ini kerana kami tahu Kuala Nerus merupakan pasukan yang kuat," katanya selepas perlawanan tersebut, baru-baru ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung, Besut menewaskan Marang dengan keputusan 2-1 untuk mara ke peringkat akhir.
Perlawanan akhir Piala YAB Menteri Besar Terengganu antara Kuala Nerus dan Besut akan berlangsung petang ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS).

Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) juga menyediakan siaran langsung bagi perlawanan ini.


Tag :

Artikel Berkaitan