lightning-solid
Berita :
SUKMA 2026: Bola Tampar Pantai Saji Perebutan Dua Pingat
SUKMA 2026: Bola Tampar Pantai Saji Perebutan Dua Pingat
Ahmad Zaeem Zainudin
17 jam yang lepas
254

Shah Alam, 15 Ogos - Bola Tampar Pantai Terengganu bakal menyajikan perebutan dua pingat, emas dan gangsa apabila Terengganu A dan Terengganu B masing-masing layak untuk melangkah ke perlawanan akhir saingan, petang ini.

Terdahulu, Terengganu A berjaya mara ke pusingan penentuan pingat emas bola tampar pantai selepas menewaskan Selangor B 2-0 pada aksi separuh akhir, sebentar tadi.

Terengganu A yang dibarisi gandingan Noraiman Shah dan Muhammad Isma Haziq bermula baik apabila mengungguli set pertama 21-17 sebelum menamatkan set kedua dengan kemenangan 22-20.

Kemenangan itu membolehkan Terengganu A bertemu Perak A pada aksi final bagi merebut pingat emas.

Sementara itu, Terengganu B gagal mara ke final selepas tewas 0-2 kepada Perak A, masing-masing 8-21 dan 14-21.

Terengganu B kemudiannya akan menentang Selangor B dalam aksi penentuan pingat gangsa.

Gandingan Noraiman Shah dan Muhammad Isma Haziq sebelum ini turut mempamerkan prestasi konsisten apabila hanya tewas sekali kepada Terengganu B pada aksi suku akhir, semalam.


Artikel Berkaitan