Jalur Gemilang
Berita :
Terengganu Teliti Salur Bantuan Kematian Untuk Bukan Islam
Terengganu Teliti Salur Bantuan Kematian Untuk Bukan Islam
Ahmad Zaeem Zainudin
16 jam yang lepas
226

KUALA TERENGGANU, 16 November – Kerajaan Terengganu sedang meneliti bentuk bantuan kematian yang bersesuaian untuk masyarakat bukan Islam, mengambil kira kos pengurusan kematian komuniti berkenaan yang tinggi.

Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan itu akan disesuaikan dengan keperluan komuniti terbabit, dengan kaedah pelaksanaan dan penamaan berbeza daripada Bantuan Khairat Kematian.

“Kita akan atur supaya yang bukan muslim ada (bantuan sedemikian tetapi) dalam bentuk yang berbezalah, nama yang berbeza, dia tidak dipanggil khairat.

“Tapi kita faham bahawa komuniti yang bukan Melayu kos pengurusan sangat tinggi dan mungkin kita tak mampu untuk nak uruskan kos yang sedemikian. Tapi kita tengoklah apa yang boleh kita sesuaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan Terengganu 2027 di Wisma Darul Iman, hari ini.

Menurut Ahmad Samsuri, penelitian lanjut diperlukan bagi menentukan bentuk bantuan yang mampu disediakan kerajaan negeri untuk komuniti berkenaan.

Dalam pembentangan belanjawan itu, beliau mengumumkan kerajaan negeri akan memperkenalkan Bantuan Khairat Kematian bagi menyediakan sokongan segera kepada waris yang terkesan.

Kerajaan negeri turut meneruskan program tahunan Walimatulurus Perdana sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikannya.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan