• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Israel Bom Hospital Gaza, Lebih 600 Terkorban

KUALA TERENGGANU, 19 Oktober - Tentera regim zionis Israel telah melancarkan serangan udara yang amat ganas dan mengebom Al-Ahly Al-Mamdani Hospital di Semenanjung Gaza.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata pengeboman tersebut telah mengakibatkan lebih daripada 600 orang terkorban.

Katanya, lebih kurang 900 orang lagi dilaporkan cedera.

“Kebanyakkan mangsa korban adalah pesakit, kanak-kanak, wanita dan warga emas,” katanya dalam hantaran di laman facebook rasmi miliknya pada hari ini.

Tambah Dr Khalil, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza menyatakan pihaknya mahupun pihak hospital tidak dapat menghitung dengan tepat jumlah mangsa berikutan keadaan mangsa akibat kekejaman ini.

Letupan itu adalah insiden paling berdarah di Gaza sejak Israel melancarkan kempen pengeboman tanpa henti sejak 7 Oktober.


Tag: