• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Isu Pandemik Sepatutnya Menjadi Keutamaan Semua

SETIU, 14 Oktober - Pemimpin Pembangkang dan Kerajaan seharusnya tidak membincangkan perkara-perkara yang dapat memberi impak negatif kepada kestabilan negara serta ekonomi.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, setiap sebaliknya perlu memberikan fokus kepada isu rakyat terutamanya dalam berhadapan dengan virus COVID-19 kini.

"Semua pemimpin sama ada dari parti Kerajaan mahupun pembangkang mesti terus memberi tumpuan sepenuhnya terhadap isu rakyat terutama berkenaan dengan pandemik.

"(Terdapat) golongan yang kritikal terjejas terutama peniaga-peniaga kecil, B40 malah yang terbaru golongan dari sektor penerbangan juga terjejas teruk," ujarnya semasa ditemuramah oleh wartawan semalam.

Beliau juga gusar dengan pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengumumkan bahawa Malaysia kini memasuki gelombang ketiga pandemik ini.

"Ramai pihak yang terjejas akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu kini bimbang tentang nasib yang akan mereka terima akibat gelombang ketiga COVID-19.

"Sepatutnya, kita haruslah mendahulukan rakyat daripada kepentingan peribadi," tambahnya lagi.

Beliau menyeru agar seluruh rakyat Malaysia berjaga-jaga, mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan menyeru agar semua pimpinan menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka sebaik mungkin.

 


Tag: