• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Jemaah Haji Terengganu Catat Peningkatan

Ahmad Samsuri bermesra dengan sebilangan jemaah haji. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail.

Terengganu mencatatkan peningkatan bilangan umat Islam yang berpeluang mengerjakan ibadah haji pada saban tahun di mana mencapai 2,739 jemaah pada tahun ini.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata jumlah itu melonjak dengan ketara berbanding pada 621 jemaah pada 2014, 832 jemaah (2015), 1,327 jemaah (2016) dan 2,548 jemaah pada tahun lalu.

Katanya, pertambahan kuota yang diberikan Lembaga Tabung Haji membolehkan kerajaan negeri menghantar 101 kakitangan cemerlang.

"Sejumlah 112 penerbangan disediakan untuk membawa 30,200 jemaah haji Malaysia termasuk 2,739 jemaah dari Terengganu yang bermula 14 Ogos ini, "katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Musim 1439 Hijrah peringkat Negeri Terengganu, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Adi Azuan

Seramai 120 petugas TH bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada jemaah bagi melaksanakan ibadat haji melalui simulasi bertawaf, saie, melontar jamrah, amalan dan beribadah secara berkumpulan

Ahmad Samsuri berkata bakal jemaah haji dinasihatkan membuat persediaan awal dengan melakukan aktiviti riadah, kecergasan, penjagaan kesihatan sertam pemakanan dan seboleh-boleh perlu mengambil vitamin.

"Sepanjang berada di Tanah Suci, bakal haji juga dinasihatkan  untuk mematuhi peraturan oleh TH dan pihak Kerajaan Arab demi kebaikan bersama," katanya

Tag: