Artikel "Komuniti" Terkini
80 JPKK Daerah Setiu Terima Watikah Pelantikan
SETIU, 17 Januari - Sebanyak 80 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Daerah Setiu menerima watikah perlantikan bagi sesi 2023/2024, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, pelantikan itu turut dilaksanakan di seluruh negeri Terengganu melibatkan 1,050 JPKK.
"Hari ini,...
17 Jan 24
448
Program Ladang Sejahtera Kurangkan Tekanan Golongan Susah
KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Program Ladang Sejahtera #KakDaCakne menerima respon positif selepas berjaya membantu mengurangkan tekanan ekonomi yang dihadapi masyarakat kurang bernasib baik.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor berkata, Kerajaan Negeri akan terus membantu melalui pelbagai insentif bagi mengurangkan bebanan ditanggung rakyat.
Zuraida ketika menyampaikan...
16 Jan 24
423
JPKK 'Berkampung' Bantu Ibu Tunggal
DUNGUN, 17 Januari - Kerja baik pulih rumah milik Zainab Abdullah, 64 tahun, dilakukan segera selepas kediamannya musnah ditimpa sebatang pokok akibat angin kencang.
Zainab, seorang ibu tunggal yang mempunyai tanggungjawab terhadap lapan orang anak, kini menghadapi cabaran yang besar kerana rumahnya kini memerlukan pembaikan segera untuk memastikan keluarga itu...
16 Jan 24
387
Mayat Lelaki Ditemui Terapung di Tali Air
KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Mayat seorang lelaki telah ditemui dalam keadaan terapung di tali air di Kampung Tetambah, Manir dekat sini semalam.
Mayat Syed Mohd Azmi Sikh Ismail, 39, dari Kampung Pujuk telah ditemui oleh sekumpulan penduduk kampung yang sedang mencari etok dalam keadaan terlentang kira-kira jam 4.45 petang....
16 Jan 24
969
Seramai 399 Calon SPM Sertai Tuisyen Rakyat
Besut, 15 Januari - Seramai 399 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan Undangan Negeri(DUN) Hulu Besut menyertai tuisyen rakyat sebagai persiapan terakhir untuk menghadapai peperiksaan pada 18 Januari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin berkata, inisiatif mengadakan tuisyen rakyat itu merupakan usaha pihaknya bagi...
15 Jan 24
270
Lima Beranak Tinggal Sehelai Sepinggang di Awal Tahun Baharu
MARANG, 11 Januari - Lima beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus dijilat api dalam kejadian kira-kira jam 3 petang hari ini.
Tarmizi Musa, 43, berkata mereka empat beranak ketika itu sedang berehat di rumah di Kampung Atas Tol.
Katanya, mereka sekeluarga hanya mampu menyelamatkan diri dalam kejadian tersebut...
11 Jan 24
803
Pusat Autisme Terengganu Capai Matlamat
KUALA TERENGGANU, 9 Januari - Pusat Autisme Sejahtera Terengganu yang dirasmikan setahun yang lalu terus mengorak langkah dalam membantu anak-anak autisme dalam Negeri Terengganu.
Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Zuraida Md Noor berkata Pusat Autisme Sejahtera Terengganu itu telah hampir genap setahun usia...
09 Jan 24
612
Krisis Air Kota Putera Dijangka Selesai Hujung Bulan
KUALA TERENGGANU, 8 Januari - Isu bekalan air di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera dijangka selesai menjelang hujung bulan ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini AB Rahman berkata, pihak Syarikat Air Terengganu (SATU) beriltizam menyelesaikan masalah berkenaan dalam tempoh tiga minggu bermula 2 Januari lalu....
08 Jan 24
490
'Kita Manusia Bukan Malaikat'
DUNGUN, 6 Januari - "Kita manusia bukan malaikat. Kekurangan sikit-sikit tu biasalah. InsyaAllah kita balas balik kepercayaan yang diberikan rakyat pada penggal ini dengan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk mereka".
Itu antara pesanan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat kepada pengerusi ...
06 Jan 24
1196
KHIDMAT Dungun Hantar Bekalan Air Bersih Ke Besut
DUNGUN, 6 Januari- Khidmat Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia (KHIDMAT Malaysia) Dungun mengambil inisiatif dengan menghantar bekalan air bersih bagi kegunaan penduduk terjejas susulan masalah paip air bocor yang berlaku di dasar sungai dekat Jambatan Kampung Lampu, Besut sejak minggu lalu.
Pengarahnya, Khairul Ismail berkata, misi membawa bantuan air ke ...
06 Jan 24
459