Artikel "Sidang DUN" Terkini
Kerajaan Negeri Salur Hampir RM1 Juta Baik Pulih Sekayu
KUALA TERENGGANU, 24 April - Kerajaan Negeri menggunakan dana sebanyak RM926,670 pada tahun 2022 bagi membaik pulih Taman Pertanian Negeri (TPN) Sekayu yang mengalami kerosakan akibat banjir.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri komited untuk mengembalikan semula kegemilangan taman...
24 Apr 24
274
Terengganu Tubuh Pasukan Khas Jaga Kepentingan OKU
KUALA TERENGGANU, 24 April – Kerajaan Negeri Terengganu telah membentuk Pasukan Khas yang akan bertindak sebagai wakil bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam usaha memperjuangkan hak dan keperluan golongan terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim menyatakan bahawa gabungan daripada lapan anggota Badan...
24 Apr 24
221
Usaha Berterusan Realisasi Pembinaan Klinik Kesihatan Bukit Tunggal Baharu
KUALA TERENGGANU, 25 April- Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) akan memanjangkan permohonan pengambilan tanah kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pertimbangan dan seterusnya memulakan proses perolehan setelah mendapat kelulusan berhubung pembinaan Klinik Kesihatan Bukit Tunggal yang baharu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah...
24 Apr 24
308
Kontinjen SUKMA Terengganu Kini Sedia Bangkit, Rampas Gelaran Juara
KUALA TERENGGANU, 25 April- Dengan slogan 'Hanelang Bangkit 2024', kontijen SUKMA Terengganu disasarkan untuk merampas kembali gelaran juara keseluruhan Temasya SUKMA XXI di Sarawak dengan pelbagai persediaan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abdul Karim, berkata justeru itu latihan awal telah dimulakan pada 1 November 2022...
24 Apr 24
339
Pembawaan Politik Kuno Pecah Belah Masyarakat
KUALA TERENGGANU, 24 April - Segelintir pihak telah mencuba membawa kembali idea politik kuno yang menggalakkan pecah belah dan kekacauan dalam pentadbiran masyarakat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin berkata, tindakan itu disifatkan sebagai langkah mundur dalam pembangunan politik negara.
"Sekarang bukan lagi Terengganu zaman 80-90...
24 Apr 24
294
Pembangunan Insan Perlu Jadi Keutamaan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 24 April - Pembangunan Modal Insan perlu menjadi agenda utama kerajaan negeri dan boleh mengambil contoh dari Korea Selatan dan Jepun yang telah berjaya membuktikan bahawa usaha itu dapat memajukan negara.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, pembentukan individu berketerampilan dan berkualiti akan...
24 Apr 24
398
Kerajaan Negeri Sokong Tingkat Bantuan Pendidikan Anak-Anak Asnaf
KUALA TERENGGANU, 24 April – Kerajaan negeri menyokong seruan untuk meningkatkan pemberdayaan pendidikan dengan membantu anak-anak asnaf, seperti yang ditekankan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam titah diraja pada pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Isnin lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Dr Riduan...
24 Apr 24
232
Kerajaan Digesa Tambah Baik Infrastruktur Pelancongan Besut
KUALA TERENGGANU, 24 April – Kerajaan Negeri disaran menambah baik kemudahan asas dengan tujuan memajukan sektor pelancongan di daerah Besut khususnya DUN Kuala Besut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, penambahbaikan infrastruktur itu bagi menarik lebih ramai pelancong ke kawasan tersebut.
"Saya ingin menyentuh tentang prasarana...
24 Apr 24
242
Gerakkan Kempen Indahnya Hidup Bersyariat Hingga ke Kampung
KUALA TERENGGANU, 24 April - Kerajaan Negeri diseru memberikan penekanan yang lebih besar kepada agenda 'Indahnya Hidup Bersyariat' dengan menggerakkan program berkaitan ke setiap daerah, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kampung.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, penduduk setempat percaya bahawa langkah ini dapat memastikan...
24 Apr 24
196
Kualiti RMM Dorong Terengganu Terpilih Bandar Paling Bahagia
KUALA TERENGGANU, 24 April – Pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) berkualiti merupakan antara sebab Terengganu menerima anugerah bandar paling bahagia.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, mengucapkan tahniah kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Majlis Daerah Besut (MDB), Majlis Daerah Marang (MDM), dan...
24 Apr 24
2547