Artikel "Utama" Terkini
Marang Bawa Kuda Besi 'Berlumba' di TIEP
SETIU, 17 Mei - Memakan tempoh selama dua minggu, akhirnya kuda besi berjaya 'dijinakkan' Pejabat Daerah dan Tanah Marang di Karnival Terengganu International Endurance Park (TIEP).
Menurut pegawai daerah dan tanah Marang, Zulkifly Isa, kuda besi itu diperbuat oleh warga kerja pejabat daripada bahan-bahan terbuang.
"Kuda besi ini ada simboliknya,...
17 May 25
425
Kuala Terengganu Saji 'Hutan Bandar' di Bidong Flora Fest 2025
SETIU, 16 Mei - Pokok-pokok sayuran seperti kobis merah dan Lemon Balm yang dijadikan tanaman pertanian dalam bandar menjadi pilihan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu sebagai salah satu tarikan 'Hutan Bandar' untuk bersaing dalam Bidong Flora Fest (BFF) 2025.
Penolong Kanan Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal), Mohd Amirul Awang berkata,...
16 May 25
2611
Tragedi FRU: 'Amaran Akhir' Buat Kementerian Pengangkutan
SETIU, 15 Mei – Tragedi menyayat hati yang mengorbankan 10 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akibat nahas melibatkan lori muatan batu perlu dilihat sebagai 'amaran terakhir' kepada Kementerian Pengangkutan untuk segera bertindak sebelum lebih banyak nyawa melayang tanpa pembelaan.
Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata beliau merakamkan takziah dan...
15 May 25
426
Gajah : Konflik Haiwan, Manusia Perlu Diurus Dengan Bijak
KUALA TERENGGANU, 15 Mei - Insiden menyayat hati seekor anak gajah yang mati akibat dilanggar lori ayam, disusuli dengan tindakan si ibu meratapi kematian anaknya itu, telah mencetuskan gelombang emosi dan perbincangan hangat di media sosial.
Tragedi tersebut sekali lagi menyerlahkan konflik yang semakin kerap berlaku antara manusia dan hidupan...
15 May 25
318
Pakar Perubatan Sokong Kerajaan Pasang Papan Tanda Larang Maksiat
KUALA TERENGGANU, 14 Mei – Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Suhazeli Abdullah menyambut baik inisiatif kerajaan negeri Terengganu yang memasang papan tanda larangan homoseksual dan maksiat di tempat-tempat awam di seluruh negeri ini.
Menurut beliau, langkah tersebut merupakan pendekatan pencegahan awal yang wajar dipuji kerana dapat membendung pelbagai bentuk tingkah laku...
14 May 25
738
Peruntukan RM200,000 Disalur Selesai Masalah Laluan Pejalan Kaki Pulau Kapas
MARANG, 14 Mei – Peruntukan sebanyak RM200,000 bagi membaik pulih Projek Laluan Pejalan Kaki Fasa 2 di Pulau Kapas sudah diluluskan melalui Majlis Daerah Marang (MDM).
Yang Dipertua MDM, Khairil Anuar Sheikh Mahmood berkata, projek tersebut dilaksanakan di bawah inisiatif Projek Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai dan Naiktaraf (PPUN) Negeri Terengganu...
14 May 25
704
Pelajar 14 Tahun Mati Lemas
KEMAMAN,14 Mei - Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditemui lemas selepas tergelincir ke dalam sungai ketika cuba melepaskan mata kail yang tersangkut.
Ketika kejadian di Kampung Padang Kemunting, Kijal, pada Isnin empat rakannya hanya mampu melihat kerana keadaan sungai yang terlalu dalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi...
14 May 25
1141
Dari Dapur ke Laut : Gadis Terengganu Turun Candat
KUALA TERENGGANU, 22 Mei – Wanita muda Terengganu terus membuktikan keupayaan mereka meneroka dunia luar dengan berani melalui program lasak terbaharu, ‘Jom Candat Pulak’. inisiatif sulung yang diperkenalkan selepas kejayaan mendaki pelbagai puncak gunung dan bukit sebelum ini.
Ketua Ameerah Fan Club (AFC) Terengganu, Asma Wahap, berkata seramai 30 peserta...
13 May 25
1256
Terengganu Jadi Tuan Rumah SDSI 2.0 Wilayah Timur
TAWAU, 13 Mei - Terengganu bakal menjadi tuan rumah bagi program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2.0 peringkat Wilayah Timur yang akan berlangsung pada 31 Julai hingga 2 Ogos di Terengganu Trade Centre (TTC).
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Terengganu, Dato’ Ariffin Deraman berkata,...
13 May 25
1278
Pengeluaran Padi: Terengganu Kedua Terbaik di Malaysia
KEMAMAN, 13 Mei – Terengganu kini semakin hampir menyaingi kawasan pengeluaran padi tertinggi negara apabila Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Bersepadu Terengganu Utara (IADA) KETARA di Besut berjaya mencapai purata 5.2 tan metrik sehektar, hanya sedikit di bawah rekod tertinggi nasional iaitu 5.6 tan metrik di Pulau Pinang.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,...
13 May 25
4238