• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Keadaan Dasar Sungai Sukarkan Kerja Pembaikan

KUALA TERENGGANU, 11 Ogos - Keadaan air deras dan keruh di dasar sungai menyukarkan penyelam untuk  menjalankan kerja-kerja pembaikan di dasar sungai.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dalam laman facebook rasmi, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd ( SATU ) memaklumkan bahawa pergerakan semula jadi air itu menyukarkan penyelam untuk mendapatkan ‘position’ di dasar sungai dengan kadar visual yang terhad dan selamat untuk meneruskan kerja-kerja pembaikian.

"Faktor-faktor ini adalah di luar kawalan kami dan kerja-kerja perlu dihentikan sekiranya keadaan tidak selamat dan bahaya kepada penyelam di lapangan.

"SATU dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf di atas kelewatan tempoh kerja-kerja pembaikian paip pecah di Tangki Utama Berangan di dasar Sungai Terengganu.

"Sekiranya berlaku kerja-kerja tidak mengikut jadual, kami akan maklumkan dari semasa ke semasa," jelasnya.


Tag: