• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Kem Smart Muslim Bentuk Jati Diri Muslim



Oleh: Helmi Abd Salam

KUALA NERUS, 18 Disember- `Kem Smart Muslim' diharap menjadi platform untuk membentuk remaja yang mempunyai pengukuhan jati diri yang dapat memperkasakan identiti bangsa yang mencintai Islam.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Ustaz Mohd Shafizi Ismail berharap agar peserta mampu menerapkan setiap ilmu dan memanfaatkan dalam kehidupan seharian untuk menjadi muslim yang baik dan mendapat keberkatan Allah SWT.

"Saya berharap semua peserta menanam azam untuk menjadi orang yang berguna pada masa kini dan akan datang. Pastikan juga dapat menjadi seorang pemimpin yang soleh masa akan datang mengikut acuan Islam,"katanya ketika berucap merasmikan kem itu,  di Scout Inn, Teluk Ketapang, di sini, semalam.


Kem sehari anjuran Penyelaras Pemuda DUN Batu Rakit mendedahkan 78 peserta yang berumur 13 hingga 17 tahun sebagai remaja yang cintakan ilmu serta mempunyai jati diri dalam menghadapi situasi yang lebih mencabar ,masa kini dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup..


Seorang perserta, Nur Hidayah Balqis,15, berkata program ini dapat memberikan mereka motivasi bagaimana untuk mencapai cita-cita murninya satu masa nanti, tanpa meninggalkan ciri- ciri seorang muslim yang dikehendaki oleh agama.



Tag: