• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Kerajaan Disaran Pertimbang Cuti Bergaji Penuh Bagi Wanita Alami Keguguran

KUALA LUMPUR, 2 Disember – Kerajaan disaran agar mempertimbangkan cuti bergaji penuh buat pekerja wanita yang mengalami keguguran  dalam usaha menjaga kebajikan golongan terbabit sebagaimana yang lain.

Ahli Parlimen Setiu, Shahrizukirnain Abd Kadir berkata ia sewajarnya diberikan perhatian kerana fizikal dan mental yang dialami dalam keadaan tersebut masih lagi belum pulih sepenuhnya.

“Umum mengetahui kerajaan telah membentangkan rancangan bagi meningkatkan cuti bersalin kepada 90 hari begitu juga bagi ‘Paternity Leave’ (cuti isteri bersalin) dimana ia dinaikkan kepada tujuh hari. 

“Saya kira langkah ini amat tepat bagi memastikan kebajikan para pekerja terjamin. Namun begitu undang-undang berkait dengan kebajikan pekerja masih lagi tidak mengambil kira cuti bergaji penuh bagi mereka yang mengalami keguguran.

“Hal ini kerana sokongan atau cuti buat pekerja wanita yang mengalami kehilangan anak amatlah penting. Jika terpaksa bekerja semestinya produktiviti yang akan dihasilkan akan terjejas," ujarnya.

Beliau berkata demikian di dalam ucapan perbahasannya di Dewan Rakyat, ketika membahaskan Bajet 2022 Kementerian Sumber Manusia, semalam.

Mengulas lanjut katanya, setiap perkerja termasuk golongan berkenaan  sewajarnya diutamakan kebajikan mereka dengan mendapat kemudahan kebajikanm yang disediakan oleh majikan dalam setiap sektor bidang pekerjaan.

 


Tag: