• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Kerajaan Kakistokrasi Perlu Dihapuskan

KEMAMAN, 2 Ogos - Kerajaan yang mempunyai pemimpin yang tidak berkelayakan atau dikenali sebagai kakistokrasi perlu diturunkan bagi membangunkan sesebuah negara. 

Calon N30 Kijal daripada parti Parti Islam Se-malaysia (PAS), Datuk Razali Idris menyatakan bahawa ramai di kalangan menteri yang bersama Kerajaan Persekutuan sekarang tidak menjalankan tugas dengan baik.

"Kakistokrasi adalah pemimpin yang tidak kompeten ataupun tidak layak dan tidak cekap didalam menguruskan sesuatu terutama negara kita.

"Di dalamnya ada yang bila dia bercakap, dia bohong, apabila dia berjanji dia mungkir dan apabila diberikan amanah dia khianati," katanya.

Datuk Razali Idris atau Tok Li

Beliau berkata demikian ketika Majlis Ceramah Perkenal Calon PRU Negeri ke-15 yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Kemaman di Kampung Pengkalan Cicar, Kemaman pada 31 Julai lalu.

Turut hadir berceramah adalah Hazri Jusoh, Ir Saiful Azmi Suhaili dan Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Beliau yang juga dikenali sebagai Tok Li, berpegalaman dalam bidang pembangunan sistem telekomunikasi dari Parti BERSATU telah dipilih oleh kepimpinan Pusat sebagai calon dan bertanding diatas tiket PAS bagi menentang Ahmad Said dari Barisan Nasional di DUN Kijal. 

Senator itu juga mengupas beberapa isu negara diantaranya isu LGBT, 3R, perjanjian maritim dengan Indonesia dan akhirnya menyeru kepada yang hadir supaya bersama bekerja dan mengundi PAS.

"Saya menyeru kepada semua yang hadir agar tidak memangkah BN sebaliknya mengundi PAS pada 12 Ogos nanti sebagai isyarat kepada Putrajaya bahawa seluruh rakyat telah menolak mereka," ujarnya.

 


Tag: