• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Kerajaan Negeri Agih RM1.85 Juta Untuk Pelajar STPM 2016


Kerajaan negeri menerusi Yayasan Terengganu bakal mengagihkan insentif  RM1.85 juta kepada pelajar Tingkatan Enam Atas yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2016 di seluruh Terengganu.

Peruntukan RM1,000 seorang itu akan dibayar bermula 3 November  hingga 5 November ini di setiap daerah masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, kerajaan negeri  berharap bantuan itu mampu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh setiap pelajar untuk menghadapi peperiksaan STPM bermula 7 November ini.

“Kerajaan negeri sanggup berbelanja besar untuk memastikan pelajar di negeri ini mendapat bantuan pendidikan yang sewajarnya serta mereka lebih bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan nanti,"katanya kepada Teganukita, hari ini.

A. Latiff  berkata, kerajaan berharap pelajar berkenaan mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dan membanggakan ibu bapa masing-masing untuk melayakkan mereka menyambung ke peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di dalam dan juga luar negara.

Tambah beliau, bantuan oleh kerajaan negeri sejak 2008 itu bertujuan meringankan beban pelajar yang tidak menerima sebarang bantuan biasiswa pendidikan ketika di Tingkatan Enam.



Tag: