• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Kerajaan Negeri Peruntuk RM140,000 Bina Rumah Mangsa Tanah Runtuh

KEMAMAN, 4 Januari – Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM140,000 bagi membina rumah mangsa yang terjejas akibat tanah runtuh yang berlaku di Felda Neram 2 Kemaman pada Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata sumbangan tersebut akan disalurkan menerusi Tabung Bencana Negeri yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri bagi tujuan berkenaan.

Menurutnya, seramai dua keluarga yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Pihak Felda Neram juga bersetuju untuk menggantikan dua bidang tanah bagi tujuan pembinaan semula rumah kedua-dua keluarga tersebut di tapak yang baharu.

"Sehubungan itu, pembinaan dua buah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) akan dibina bagi keluarga mangsa,” katanya memetik laporan portal berita rasmi Astro Awani semalam.

Tambah Hanafiah, pembinaan rumah dijangka akan memakan mangsa antara enam hingga 10 bulan untuk disiapkan.

Terdahulu, kira-kira jam 12 malam, dua buah keluarga di Felda Neram 2 berdepan detik cemas apabila tanah di belakang rumah mereka runtuh secara tiba-tiba.

Justeru, menyebabkan bilik, dapur dan tandas di salah sebuah kediaman runtuh lalu terjunam ke dalam cerun di belakang rumah mereka.


Tag: