• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Kerajaan Negeri Sedia Pelan Jangka Masa Pendek Atasi Isu Paip Pecah

KUALA TERENGGANU, 31 Disember - Kerajaan negeri akan mengambil tindakan jangka masa pendek dan panjang bagi menangani masalah paip pecah di tangki Puteri Baru berhampiran Sungai Lampu, Besut.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat  berkata bagi penyelesaian jangka pendek, ia melibatkan pembaikian sementara menggunakan paip ‘high-density polyethylene’ (HDPE )450mm sepanjang 700 meter akan diletakkan di atas jambatan dengan anggaran kos RM500 ribu.

“Ketika ini, kita telah  lantik kontraktor secara terus termasuk pembelian paip juga sedang dibuat.Perbincangan akhir adalah pada hari esok...sementara itu, perunding panel SATU sedang merekabentuk pembaikian.

“Kerja-kerja pembaikian paip sementara dijangka mengambil masa 15 hari berkerja dan buat masa ini, lori tangki air terus digerak sementara bekalan pulih sepenuhnya,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tentang kejadian paip pecah di paip air turun dari tangki Puteri Baru bersaiz 600mm berhampiran Sungai Lampu, Besut baru-baru ini. 

Tambah Hanafiah, pihaknya sebelum ini pernah melaporkan kerosakan tersebut kepada  JBA utk pemasangan baru 2024. 

“Kerja pembaikian sukar kerana lokasi berhampiran dengan  tebing sungai dan paras air sedang pasang malah kerja pembaikian kekal di dasar sungai dijangka mengambil masa yang lama,”ujarnya.

Susulan kejadian paip pecah, ia menjejaskan 5,028 akaun yang melibatkan dua buah tangki utama  iaitu Tangki Kampung Raja (2,358 akaun) dan Tangki Bukit Kluang (2,670 akaun).


Tag: