• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Kerajaan Yakin Pertahan Kedudukan Selepas PRN

HULU LANGAT, 13 Mac - Kerajaan negeri yakin pemerintahan negeri Terengganu sedia ada akan dapat dipertahankan selepas Pilihan Raya Negeri yang dijangka berlangsung pada akhir Ogos nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata tatacara pentadbiran kali ini berupaya menguatkan gelombang sokongan terhadap kerajaan PAS. 

“Kita sangat yakin bahawa sentimen pentadbiran PAS memerintah tidak lebih sepenggal bakal tamat. 

“Orang ramai termasuk bukan rakyat negeri sendiri ‘suka’ dengan pentadbiran kerajaan negeri hari ini,” katanya. 
 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Hari Keluarga Perantau Lembah Klang di kem Kingfisher, Hulu Langat di sini semalam. 

Beliau turut yakin bahawa rakyat pada hari ini mampu mendapatkan maklumat tanpa batasan sehingga pihak tertentu tidak mampu menyekat kebenaran daripada ditutup. 


Tag: