• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Khairuddin Tewas, Kuala Nerus Kekal 'Hijau'

KUALA NERUS, 19 November - Calon 'underdog' dari Parti Islam SeMalaysia (PAS), Dato' Dr Alias Razak memenangi kerusi parlimen Kuala Nerus pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan 56,697 undi.

Dalam keputusan yang dikeluarkan di pusat penjumlahan undi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus, hari ini Dr. Alias menewaskan penyandang terdahulu, Dato'Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dari Barisan Nasional (BN) yang memperolehi 26,932 undi  dengan majoriti perbezaan 29,765 undi.

Mohd Khairuddin yang juga bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi sebelum ini dikenali sebagai calon 'heavyweight' kerana mempertahankan Parlimen Kuala Nerus sejak PRU13 yang lalu ketika mewakili PAS.

Namun, penduduk Kuala Nerus membuktikan sokongan mereka kekal kepada PAS setelah bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu memilih untuk mewakili BN kali ini.

Selain sentimen parti, kejayaan Dr. Alias dilihat banyak dibantu prestasinya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri ketika menangani pandemik COVID-19.

Calon Pakatan Harapan (PH), Dato' Seri Suhaimi Hashim memperolehi 3,708 undi dan Azaha Wahid daripada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) memperolehi 291 undi.

 


Tag: