Terengganu Ajak Rakyat Hayati Peristiwa Penting Nuzul Al-Quran
KUALA NERUS, 6 Februari - Umat Islam mahu mencari kelainan atau menjamah hidangan istimewa untuk berbuka pada Ramadan nanti boleh ke Raia Hotel & Convention Centre Terengganu yang menyediakan lebih 150 jenis makanan bermula 2 Mac hingga 30 Mac ini.
Pelbagai juadah berbuka puasa berkonsepkan gerai ‘Ala-Minutes’ ditawarkan di Bufet Selera Ganu Kita yang pasti membuatkan pengunjung rambang mata dan berada dalam ‘dilema’ untuk membuat pilihan.
Antara hidangan istimewa yang pastinya lebih membangkitkan selera adalah kibas panggang mengunakan pelbagai rempah istimewa sebagai menu utama.
Chef Kasma Abd Halil,49, berkata orang ramai akan berpuas hati menikmati sajian unik kibas golek yang diadun dengan sentuhan gaya tradisional berbeza dengan daging kambing kerana teksturnya yang lembut seperti tenderloin.
“Rasa perapan rempah-ratus yang cukup padu membuatkan setiap hirisan daging cukup rasa. Lagi sedap digandingkan dengan pilihan kuah yang pekat dan likat," ujarnya.
Beliau memberi jaminan bahawa menu buffet yang bakal disajikan berbaloi dengan nilai wang dan diluar kebiasaan berbanding dari hotel-hotel lain.
"150 menu yang diketengahkan ini, pastinya menepati selera semua peringkat usia terutamanya yang merindui sajian hasil air tangan orang ibunda di kampung.
"Menu seperti Gulai Kawah(Kambing, Daging, Ayam), Aneka Sup(Tulang, Ekor, Bakso,Paru,Tomyam), cendol & ABC dengan lebih 30 jenis perencah, pelbagai jenis kerabu, kuih muih tradisional antara tarikan utama menanti anda.
“Kita juga sediakan ‘Air Balang Viral’, Teh dan Nescaffe Tarik untuk tetamu membuat pilihan hilangkan rasa dahaga ,” ujarnya lagi.
Tambah Chef Kasma, untuk iftar kali ini, mereka juga tampil dengan konsep ‘ open kitchen’ bagi menyediakan hidangan kuih tradisi Ketayap dan Onde-onde.
“Konsep open kitchen membolehkan pelanggan melihat sendiri penyediaan hidangan yang dibuat serta pelanggan menikmati hidangan yang masih panas ketika berbuka puasa,”katanya.
Iftar Ramadan yang akan bermula 2 Mac sehingga 30 Mac ini, akan diadakan di Dewan Baiduri, yang boleh memuat lebih kurang 500 orang pada satu masa.
Para tetamu digalakkan untuk mengambil kesempatan daripada tawaran “Early Bird’, yang tersedia sehingga 28 Februari 2025, menawarkan bufet pada harga istimewa RM 68.00 bersih bagi setiap dewasa.
Manakala, harga yang dikenakan selepas tarikh tersebut adalah sebanyak RM85 dewasa dan RM58 bagi kanak-kanak termasuk warga emas.