• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Klinik Anak Jati Terengganu Terkenal di Melaka

Oleh : Muhammad Aqil Mat Ali 

HULU TERENGGANU, 16 Januari - Klinik Pergigian Dental Square yang pemiliknya merupakan anak jati Terengganu, Dr Wan Mohamad Firwan Mohamad Fauzi kini semakin dikenali di Melaka.

Dr Wan berasal dari Bukit Besar, Kuala Terengganu telah berjaya menubuhkan sebuah klinik gigi bertempat di 161, Jalan KU2, Taman Klebeng, Melaka. 

Katanya, penghijrahan beliau bermula pada tahun 2008 di Kelantan dan beberapa buah negeri lagi sehingga kini menetap di Melaka.

"Klinik yang mempunyai tiga orang pekerja ini telah mula beroperasi pada bulan Mac 2023 serta pelbagai tawaran harga diskaun diberikan kepada anak perantau yang datang merawat gigi di klinik ini.

"Walau dimanapun kita berada, paling penting jangan lupa pada asal usul kita dan hasrat saya adalah ingin berbakti kepada negeri kelahiran di Terengganu", katanya kepada pemberita ketika kunjungan kerajaan negeri ke klinik berkenaan.

Turut hadir dalam kunjungan berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional, Maliaman Kassim dan Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Terengganu (UPDI), Harun Esa.

Maliaman berkata, beliau melahirkan rasa teruja kerana dapat melihat sendiri klinik anak jati Terengganu yang berjaya di perantauan.

Menurutnya, kos barang-barang kelengkapan untuk klinik ini cukup mahal, dan kelihatan semua lengkap serta terdapat juga bilik studio untuk 'content creator'.

Sekali gus, klinik ini mampu mempromosikan melalui laman sesawang dengan mudah dengan kelengkapan dan teknologi yang sedia ada.

"Ramai anak perantau yang berjauhan dengan keluarga mereka yang telah berjaya seperti ini.

"Di samping itu juga, saya ingin menasihati kepada anak-anak perantau supaya kerap pulang ke kampung halaman menjenguk keluarga di sana," ujarnya.

 


Tag: