• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Koguru Buka Peluang Ikuti Umrah Musim Sejuk


Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (Koguru) membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti pakej umrah musim sejuk pada bulan Disember 2017 yang masih mempunyai kekosongan.

Pengerusinya Alias Yahya berkata, harga pakej yang ditetapkan bagi umrah musim sejuk ialah RM7,390.00 dan pendaftaran 100 terawal akan mendapat rebat potongan harga pakej berjumlah RM100.00.

Menurutnya, tarikh pakej bagi umrah musim sejuk ditetapkan bermula 1 hingga 12 Disember 2017.

"Harga yang ditetapkan berdasarkan antara pakej terbaik yang disediakan oleh HRM Travel.

“Koguru juga membuka peluang sekiranya anggota atau bukan anggota yang berminat untuk mengikuti pakej selain daripada yang ditawarkan, bolehlah hubungi pihak Koguru di untuk perbincangan yang lebih jelas,” katanya.

 Sebelum ini, seramai 70 anggota Koguru berangkat menunaikan umrah bersempena Ramadan melalui pembiayaan pakej umrah secara mudah yang baharu dilancarkan pada tahun ini.

Alias berkata, beliau berasa terpanggil untuk menawarkan perkhidmatan pembiayaan mudah itu apabila isu guru-guru gagal untuk mengerjakan umrah dengan pakej murah yang ditawarkan kepada mereka sebelum ini, namun akhirnya impian untuk ke tanah suci tidak kesampaian.

Menurut beliau, melalui pembiayaan mudah ini, anggota dibenarkan mengerjakan umrah melalui koperasi dengan hanya perlu membuat bayaran secara potongan gaji sebanyak RM350 setiap bulan sehingga selesai tanpa dikenakan faedah keuntungan sebagai tanggungjawab sosial kepada anggota.

“Pembiayaan ini juga dilindungi sekiranya anggota berkenaan meninggal dunia sebelum selesai baki hutang dan ianya tidak perlu dibayar atau ditanggung oleh waris anggota,” ujarnya.

Alias berkata, rombongan pertama itu berlepas pada 26 Mei dari Kuala Terengganu ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan seterusnya penerbangan terus ke Madinah.

Tag: