• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

KPDNHEP Buka Lima Kertas Siasatan Kes Minyak Masak

KUALA NERUS, 7 Julai - Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) negeri telah membuka lima kertas siasatan berkait minyak masaka dibuka di negeri ini  membabitkan pembungkus, pemborong dan Industri Kecil Sederhana (IKS).

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia, berkata sebanyak tiga kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang dilakukan oleh pemain industri terbabit antaranya menggunakan minyak masak melebihi kuantiti yang dibenarkan tanpa permit.

"Membabitkan dua IKS di Kuala Terengganu dan satu di Dungun telah melanggar Peraturan 18 iaitu menyimpan minyak masak melebihi 12 kilogram tanpa permit ini kerana mana-mana pihak yang mempunyai milikan barang kawalan ini bagi tujuan perdagangan tanpa kebenaran kementerian boleh diambil tindakan di bawah Akta Bekalan 1961.

"Jika disabitkan kesalahan individu boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat pula jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta.

"Serta dua lagi telah melanggar Peraturan 13 kerana gagal menyelenggara buku stok barang kawalan membabitkan syarikat pembungkus di Kuala Terengganu serta pemborong di Dungun," ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita selepas melakukan pemeriksaan ke sebuah IKS, Muslim Food Industry, di Tok Jiring, di sini, semalam.

Mengulas lanjut katanya, kesalahan itu dikesan melalui 434 pemeriksaan menerusi OPS Ayam, Telur, Minyak (ATM) yang dijalankan terhadap 13 syarikat pembungkus minyak, 36 pemborong, 366 peruncit dan 19 IKS seluruh negeri Terengganu.

"Siasatan yang kita jalankan membabitkan IKS di negeri ini bagi memastikan mereka tidak menggunakan minyak masak paket bersubsidi untuk memastikan golongan sasar terus dapat menikmati subsidi yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan," ujarnya.