• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

KTSB Mula Operasi Januari 2024

KUALA TERENGGANU, 3 Januari - Kuala Terengganu Support Base (KTSB) yang merupakan salah satu anak syarikat EPIC Berhad sudah mula beroperasi pada 1 Januari 2024.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad, Ir Mukhtar Suhaili berkata KTSB merupakan fasiliti bagi pertukaran kru offshore.

Menurutnya, fasiliti tersebut dikendalikan oleh Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB).

“Awal Subuh tadi saya telah berkesempatan melawat dan berinteraksi bersama staff, pekerja dan kru offshore di KTSB.

“Insya-Allah sesi turun padang sebegini akan diteruskan sebagai komitmen pengurusan tertinggi syarikat untuk mesra pekerja dan kepimpinan melalui teladan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian melalui hantaran di laman facebook rasmi miliknya selepas lawatan kerja di KTSB semalam.

Tambah Mukhtar, ia juga peluang bagi mendapatkan maklumbalas berkenaan penambah baikan yang boleh dilaksanakan.

Katanya, antara perniagaan utama EPIC Berhad ialah pengkalan bekalan minyak dan gas (oil & gas supply base) dan pangkalan sokongan (support base). 

Jelas Mukhtar katanya, PBKSB ialah pemilik dan operator Kemaman Supply Base (KSB) dan KTSB. 

“Atas segalanya, doakan kami semua agar dipermudahkan Allah dalam melaksanakan tanggungjawab dalam mencari bekal khidmat untuk dibawa sampai ke Akhirat,” ujarnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Tag: