• 09 Okt 2024 | 06 Rabiul Akhir 1446

Kutip 256 Kilogram Sampah Di Pantai Benting Lintang

BESUT, 10 Jun - Geng Plastik Ija (GPI) Besut mengutip 256 kilogram sampah dalam aktiviti gotong-royong di Pantai Benting Lintang, Besut, pagi tadi.

Afifah Ab Aziz, 40, yang bertindak sebagai penyelaras program ini berkata, seramai 45 orang sukarelawan hadir dalam aktiviti 'plogging' tersebut yang bermula jam 8 pagi.

"GPI Besut menyasarkan aktiviti 'plogging' khusus di pantai-pantai dalam daerah Besut.

"Dalam perancangan 2022 ini, kami akan bergerak ke tempat-tempat pelancongan lain seperti air, terjun, tasik, lata dan lain-lain", tambahnya lagi.

Katanya, GPI Besut juga sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak seperti JPKK, sekolah, universiti, persatuan atau kelab komuniti untuk penganjuran program kutipan sampah.

"Selain tempat perlancongan, lokasi seperti balai raya, kubur, taman permainan dan taman perumahan turut kami lakukan aktiviti ini.

"Alhamdulillah, program hari ini mendapat sokongan daripada komuniti setempat, JPKK Benting Lintang, Belia Wawasan Seri Pantai (BWSP), Klinik Perdana Kota Putera, komuniti AAJB (Anak-Anak Jerteh Besut), Majlis Daerah Besut selain daripada ahli berdaftar GPI.

"Ini adalah inisiatif kami sendiri untuk menjaga alam sekitar, dan kami berharap semoga inisiatif ini mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat. Yang berminat untuk menyertai GPI Besut boleh mendapatkan maklumat pendaftaran keahlian melalui Penyelaras Daerah di Facebook Page 'Geng Plastik Ija' , juga untuk mendapatkan maklumat aktiviti seterusnya," katanya.


Tag: