• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Lapangan Terbang Kerteh Mampu Bina Sumber Kekayaan Terengganu

KUALA TERENGGANU, 29 November – Lapangan Terbang Kerteh berpotensi menjadi lokasi strategik untuk membina sumber kekayaan baharu negeri ini dalam bidang aeronautik (kajian penerbangan).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata sektor penerbangan 'conventional' dan 'green aviation' boleh terus diteroka.

Katanya, beliau percaya kerajaan negeri telah mengenal pasti peluang baharu untuk dimajukan kawasan berkenaan.

“Komitment berterusan khususnya pihak petronas dan para pelabur perlu dalam memastikan hasrat tersebut dapat disempurnakan dengan lebih baik.

“Termasuk pengurusan pemindahan asset dan operasi dengan mengambil kira keupayaannya untuk terus membangun dan berdaya saing,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan Terengganu 2024 pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 (Bajet) di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Tambah Ir Saiful, beliau berharap agar kerajaan dapat mengambil perhatian dalam menyelesaikan masalah berkaitan projek yang masih tidak dapat disiapkan dan terbengkalai seperti ‘Cove Kemasik’ dan Masjid Kampung Baru Kerteh. 

“Projek 'Cove Kemasik' bertujuan untuk mendalamkan Kuala Kemasik bagi keselesaan dan keselamatan nelayan.

"Para nelayan setiap hari keluar dan masuk di kawasan tersebut termasuk melabuhkan bot-bot mereka," ujarnya.

Beliau berharap katanya, tindakan segera boleh dibuat seterusnya kerja-kerja mendalamkan kuala kemasik dapat dilaksanakan secepat mungkin

Di samping itu, bagi pembinaan Masjid Kampung Baru Kertih juga perlu kepada tindakan segera kerana dibimbangi berlaku kerosakan, 'vandalisme' dan sebagainya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Tag: