• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

KUALA TERENGGANU, 29 April - Seramai 226 anak yatim daripada pertubuhan berdaftar seluruh Terengganu menerima bantuan duit raya daripada kerajaan negeri semalam. .

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, pihaknya prihatin terhadap golongan sasar tersebut dan bersetuju untuk membantu dengan menyalurkan sumbangan itu kepada mereka.

“Tambah lagi, lapan pertubuhan sukarelawan anak yatim berdaftar juga menerima bantuan berjumlah RM40,000 sebagai imbuhan dan pencetus semangat ikhlas daripada Kerajaan Negeri Terengganu.

“Antara penerimanya seperti Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Seberang Takir, Asrama Perkaya Marang, Pertubuhan Asrama Anak-Anak Saudara Kito Yatim, Fakir dan Miskin PERKIM Negeri Terengganu.

“Bagi pertubuhan yang belum berdaftar ramai lagi yang saya yakin bulan ini masing-masing berkejar untuk memberi sumbangan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap semasa Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Perayaan Aidilfitri, di Wisma Darul Iman.

Menurut Pengetua Asrama Kebajikan Anak Anak Yatim/Fakir Darul Akhyar Mukim Batu Rakit, Ahmad Irshad Mustaqim Zamri yang hadir sama berkata, beliau berterima kasih kepda kerajaan negeri dan akan memanfaatkan bantuan itu untuk pengurusan asrama.

“Kami di Darul Akhyar mempunyai 125 orang pelajar (40 anak yatim) dari Tingkatan Satu sampai Lima, jumlah tersebut akan digunakan bagi kebajikan pelajar dan penambahbaikan peralatan sekolah,” katanya ketika ditemubual pemberita.

Pertubuhan lain yang menerima sumbangan ialah Tahfiz Perkaya Dungun, Pusat Jagaan Berkediaman Baitul Cakna, Hulu Terengganu, Pusat Jagaan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Hijrah, Kemaman dan Asrama Darul Falah Marang.