Berita :
Lebih 70 Peratus Calon Cemerlang SPM 2025 Terengganu Dari Aliran STEM
Lebih 70 Peratus Calon Cemerlang SPM 2025 Terengganu Dari Aliran STEM
Noraini Jusoh
2 jam yang lepas
180

KUALA NERUS, 31 Mac – Lebih 70 peratus daripada 591 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Terengganu yang memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A dan A) merupakan pelajar aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Kamsah@Kamal Mohamed berkata, sebahagian besar pelajar cemerlang tersebut dari aliran STEM A (Sains Tulen) yang mengambil mata pelajaran Fizik, Biologi, Kimia, Matematik Tambahan.

“Apa yang membanggakan kita pencapaian pelajar cemerlang yang mengikuti kelas STEM A (sains tulen) khususnya sangat baik dan begitu juga dengan kelas STEM yang lain.

“Saya sangat optimis dengan keputusan yang cukup baik ini, calon cemerlang SPM dari Terengganu berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi terbaik termasuk dalam dan luar negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2025 di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud yang turut menjadi sekolah terbaik di Terengganu bagi peperiksaan SPM 2025.

“Daripada 25 calon memperoleh keputusan cemerlang tertinggi iaitu semua A+ dalam mata pelajaran diambil, enam orang adalah dari sekolah ini.

“Terima kasih kepada semua pihak terutamanya guru-guru SPM yang bertungkus –lumus memberi tunjuk ajar kepada anak-anak didik,” ujarnya.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan