• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

LUHAM Bantu Suburkan Proses Demokrasi

KUALA TERENGGANU, 15 Oktober - Pertubuhan Kebajikan Lepasan Pelajar Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM Care)Terengganu akan membantu menyuburkan proses demokrasi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 nanti.

Setiausahanya, Dato' Fariz Dato' Mustafa berkata pendedahan kepada orang ramai mengenai Undang-Undang Pilihan Raya dan pemakaian undang-undang terkini adalah penting.untuk sistem pentadbiran negara.

"Natijahnya program ini memberi pencerahan kepada mereka tentang tugas selaku peguam dan juga pengamal undang-undang dalam mengendalikan urusan berkait pilihanraya sama ada sebelum, semasa atau selepas tempoh PRU.

"Amalan dan pemakaian undang-undang ini melibatkan Akta Pilihan Raya 1958 membabitkan perjalanan PRU, kaedah mengundi POS, pengundian awal serta akan mengendalikan masalah-masalah yang timbul atau diteruskan melalui petisyen pilihanraya.

"Isu ini dilihat dalam konteks terkini bukan sahaja dari sudut politik tetapi digarap dari sudut undang-undang yang mementingkan keadilaan dan kesaksamaan kepada mana-mana pihak tenpa melihat parti politik mana bertanding, dan ini sangat penting dalam mengelakkan pencalonan ataupun penaamaan calon dibatalkan juga kriteria calon juga diperhalusi,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Seminar Undang Undang Pilihan Raya : Amalan dan Pemakian Terkini dan Undang-Undang Pilihan Raya dan Politk Semasa : Apa peranan Peguam dan Pengamal Undang-Undang, di Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu, di sini baru-baru ini.

Majlis berkenaan dirasmikan bekas Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli dan acara penutupnya telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Antara panel yang ditampilkan ialah Pengerusi NGO LUHAM, Nik Bahrum Nik Abdullah, Penasihat LUHAM Care Terengganu, Mohd Zabidi Yusof serta Pengerusi LUHAM Care Terengganu, Tuan Kamaruzaman Abdul Wahab.

Mengulas lebih lanjut, Fariz berkata pendedahan itu juga akan membantu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis dan pihak yang terlibat untuk melancarkan proses menasihati pihak berkenaan menuruti kehendak undang-undang dan perlembangaan setelah melalui proses reformasi undang-undang PRU yang membenarkan undi 18 yang melalui proses pendaftaran secara automatik.

"Saya yakin dan percaya program ini mampu melahirkan peguam yang berkebolehan dan berkemahiran dalam menasihati parti politik yang terlibat supaya amalan dan pemakaian undang-undang menurut lunas undang-undang yang telah ditetapkan tidak disalahtafsirkan.

"Supaya mencapai matlamat dan hasrat reformasi sistem pilihanraya untuk memberi keadilan kepada rakyat dalam memilih calon dan parti yang merkea sukai dan kehendaki, oleh kerana kerana itu kami melihat program ini sangat penting, insya-Allah akan diteruskan dalam konteks yang lain mungkin lebih besar yang akan melibatkan penyertaan orang awam, dan juga pihak-pihak yang terlibat dalam sistem pilihanraya kita ini," ujarnya.