• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

MAIDAM Nafi Seleweng Wang Zakat

KUALA TERENGGANU, 10 Januari - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menafikan dakwaan penglibatan agensi itu dalam penyelewangan wang zakat sebagaimana laporan pihak media massa pada 4 Januari baru-baru ini.

MAIDAM dalam satu kenyataan berkata siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kes seleweng kutipan zakat lebih RM9.7 juta di Selangor, Terengganu dan Perak tersebut tidak melibatkan agensi terbabit di Terengganu

"Pengesahan yang diperoleh daripada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada 5 Januari 2024 jam 8.48 pagi, kes yang dilaporkan di Terengganu merujuk kepada kes seorang pekerja di sebuah syarikat swasta yang tidak membayar zakat ke atas wang yang diamanahkan oleh majikannya.

"Berdasarkan kenyataan tersebut adalah ditegaskan bahawa kes yang dilaporkan ini tiada kaitan sama sekali dengan  sama ada kakitangan, amil zakat mahupun ejen zakat MAIDAM," ujar kenyataan itu.

Dalam masa sama, penjelasan tentang perkara ini telah disiarkan menerusi Buletin Utama TV3 jam pada 5 Januari 2024.
 


Tag: