• 30 Apr 2024 | 21 Syawal 1445

Malaysia Tiada Hala Tuju di Bawah Anwar

KUALA NERUS, 7 Julai - Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tiada hala tuju yang jelas dalam mengemudi ekonomi negara ketika situasi semakin mencabar.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Alias Razak berkata, sehingga kini tidak ada sebarang tanda ke mana Malaysia hendak dibawa oleh PH dan BN.

“Dalam keadaan ekonomi yang merudum, nilai ringgit terus menyusut, saham jatuh dan pelabur-pelabur asing menjual saham di Bursa Malaysia, kita masih belum nampak apa pelan kerajaan.

“Ramai merungut kepada saya yang mereka sangat risau dengan situasi semasa, mereka bertanya adakah kita mempunyai kerajaan dan Menteri Kewangan, kerana nampak seperti tiada apa-apa tindakan,” katanya ketika berucap di Himpunan Teguh Pertahan peringkat negeri malam ini.

Sehubungan dengan itu menurut beliau, rakyat Malaysia yang terlibat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) di enam negeri nanti mesti menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan Persekutuan.

“Tunjukkan ketidakkpuasan hati kita terhadap kerajaan pusat pada PRU negeri nanti, tambahkan bilangan kerusi yang kita menang di setiap negeri khususnya di Terengganu, pastikan PN menang di negeri lain.

“Insya-Allah itu merupakan satu signal kita menolak kelakuan kerajaan Persekutuan sedia ada, inilah formula berkesan untuk kita jamin masa depan kita supaya tidak terus terumbang-ambing,” katanya.


Tag: