• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Mangsa Banjir Menurun Ke 3,977 Orang

KUALA TERENGGANU, 22 November - Mangsa banjir menurun kepada 3,977 orang berbanding 4,476 orang pada semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata kesemua mangsa tersebut terdiri dari 1,060 keluarga yang ditempatkan 29 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam lima daerah terlibat.

Katanya, daerah tersebut melibatkan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Besut, Dungun dan Marang.

"Setakat jam 4.30 petang, Kuala Nerus mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 1,677 mangsa daripada 447 keluarga yang berada di 15 PPS.

"Besut dan Dungun merupakan daerah terbaharu yang terjejas banjir dengan jumlah mangsa direkodkan sebanyak 435 dan 23 orang daripada 95 dan lima keluarga.

Kesemua mangsa tersebut ditempatkan di tiga PPS dalam berkenaan,” menurutnya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Manakala, Marang dan Kuala Terengganu merekodkan seramai 746 dan 1,096 mangsa daripada 189 dan 324 keluarga yang ditempatkan di 11 PPS.

“Secara keseluruhan hujan telah berhenti dan cuaca di kebanyakan tempat di Terengganu kini mendung.

“Orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak bermain di kawasan banjir selain terus mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan,” ujar kenyataan itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Tag: