• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Mangsa Banjir Terengganu Terus Meningkat

KUALA TERENGGANU, 16 Disember – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat dengan seramai 1,550 orang mangsa yang melibatkan 415 keluarga.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata kesemua mangsa tersebut terdiri dari lima daerah melibatkan Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman, Besut dan Setiu.

"Setakat jam 10.00 pagi sebanyak 30 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka kelima-lima daerah berkenaan.

"Dungun merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 569 mangsa daripada 126 keluarga yang berada di 10 PPS.

"Manakala, Hulu Terengganu mencatatkan seramai 514 mangsa daripada 152 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS," menurutnya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Tambahnya, Besut merupakan daerah terbaharu yang terjejas banjir dengan bilangan mangsa seramai 183 daripada 53 keluarga dan ditempatkan di empat PPS.

"Kemaman dan Setiu menempatkan seramai 205 dan 79 penghuni daripada 48 dan 36 keluarga terlibat," jelasnya.

Katanya, kesemua mangsa tersebut berlindung di tujuh PPS dalam daerah berkenaan.

“Hujan masih turun di sebahagian kawasan di negeri ini dan pemindahan mangsa banjir dijangka meningkat hari ini.

“Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak bermain di kawasan banjir selain terus mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan,” ujarnya.

 

 


Tag: