• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

Mangsa Ribut DUN Kuala Besut Dapat Bantuan Segera


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 10 Ogos- 15 orang mangsa ribut di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut mendapat mendapat bantuan segera daripada Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh.

Bantuan berkenaan bagi membaiki kerosakan rumah yang dialami  akibat ribut kuat pada malam 9 Ogos baru-baru ini.

Di antara kampung yang terlibat ialah, Kampung Baharu, Kampung Beris Pak Abu, Kampung Tengah, Kampung Pengkalan Atap, Taman Tasek, Kampung Nail dan Kampung Teluk Bayu.

Azbi Salleh berkata, bantuan segera bagi membaiki rumah penduduk yang terjejas diluluskan serta merta bagi membolehkan rumah penduduk dibaiki dengan segera.

"Saya berharap penduduk yang terlibat dapat bersabar dengan ujian yang menimpa ini.

"Kami daripada Pusat Khidmat DUN akan terus membantu apa yang termampu bagi membolehkan penduduk dapat duduk dengan selesa," ujar beliau ketika membuat lawatan ke rumah yang terlibat .

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Khas Penyelaras DUN Kuala Besut, Mohd Sulaiman dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung yang terlibat.

Tag: