• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

Manifesto Perikatan Nasional Angkat Martabat Pendidikan

KUALA TERENGGANU, 18 November - Perikatan Nasional (PN) dilihat sangat serius untuk menjulang dan mengangkat martabat dunia pendidikan melalui manifesto yang dikemukakan.

Antaranya ialah, menaikkan elaun guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) sebanyak 50 peratus ke RM1,500 sebulan dan memperkenalkan Skim Khas penyerapan ke jawatan tetap secara berperingkat bagi mengatasi masalah utama guru-guru terbabit.

Selain itu lagi, memberi dana khas bagi sekolah tahfiz dan agama rakyat untuk menyertai sistem kemahiran T-Vet dan bantuan pengajian awal sebanyak RM1,000 kepada semua pelajar baharu mendaftar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim berkata, ia bukan retorik kerana dibuktikan melalui apa yang dilakukan oleh PAS di Terengganu yang kini menjadi komponen utama dalam PN selain BERSATU.

"Sangat mementingkan pendidikan yang merupakan pelaburan jangka panjang dan sudah tentu ia bukan menjadi bebanan kepada PN untuk melaksanakan janji-janji manifesto itu yang sudah tentu akan meringankan beban rakyat.

"Juga ia sangat membantu golongan miskin tegar untuk memastikan mereka dapat menghantar anak mereka ke sekolah dengan baik dimana turut berjanji akan menyediakan perkhidmatan bas sekolah dan pusat penjagaan percuma,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui UPDI UPDI selepas menghadiri Half Al-Takrim, Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021, Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu, di Duyong Convention Centre, Duyong Marina & Resort Terengganu, di sini, semalam.

Justeru kerana itu katanya, rakyat wajar memberi sokongan kepada PN untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 ini kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuktikan memerintah negara.

"Tidak semua perkara dipolitikkan, pada kali ini telah ditawarkan calon-calon yang bersih, tidak terbabit dengan gejala rasuah, salah guna kuasa dan sebarang penyelewengan dan telah terbukti mampu mentadbir di tiga buah negeri, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

"Dari sudut pendidikan Terengganu telah membuktikan bahawa sangat serius untuk melahirkan peneraju kepimpinan di masa akan datang mengikut acuan Islam dengan mewujdukan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) yang kita berhasrat untuk mewujdukkannya di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Serta Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) yang dihasratkan untuk diwujudkan di setiap daerah, kita berharap agar hasrat ini menjadi realiti dengan dikekalkan kerajaan ini untuk terus mentadbir bagi merealisasikan harat rakyat ke arah dunia pendidikan yang lebih baik bagi memenuhi keperluan generasi masa hadapan," ujarnya lagi.