• 30 Apr 2024 | 21 Syawal 1445

MB Harap Semua Parti Bersaing Secara Harmoni

KUALA TERENGGANU, 23 Julai – Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berharap semua parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Negeri nanti mewujudkan suasana harmoni ketika berkempen khususnya di negeri ini.

Ahmad Samsuri berkata dalam apa jua pertandingan tentulah ada saingan cuma berharap suasana lebih terkawal dan bertambah baik pada kali ini.

Di samping katanya, ia mampu mewujudkan suasana baru politik ke arah matang dan sejahtera dalam negara kita.

Apabila ditanya mengenai muka baharu yang akan bertanding di bawah Parti Islam Se-malaysia (PAS), Ahmad Samsuri menjawab PAS akan meletakkan beberapa muka baharu terutamanya golongan muda.

“Tahniah kepada mereka dari parti komponen yang dipilih menjadi calon dan selamat bertanding dalam pilihanraya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas Menyempurnakan Majlis Perasmian Payang Walk dan Operasi Beca Warisan bertempat di Pesisir Payang, Kuala Terengganu di sini kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Dr Alias Razak.

Dalam perkembangan sama, Pas Terengganu dijangka mengumumkan calon yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada 27 Julai ini.

Senarai calon itu akan diumumkan oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bertempat di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang.

 

 


Tag: