• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

MB Mahu Menteri Perkasa Projek ECRL, Pelabuhan Kemaman

KUALA TERENGGANU,  17 September - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mahu Menteri Pengangkutan memberi tumpuan kepada Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Pelabuhan Kemaman bagi meningkatkan ekonomi Terengganu.

Katanya, hasrat itu telah disampaikan beliau kepada Anthony Loke dalam pertemuan rasmi yang diadakan di Ibu Kota baru-baru ini.

"Kami berbincang supaya peranan ECRL membabitkan Permaisuri dan Jerteh dapat diperkukuh dan dapat digunakan juga sebagai hub kargo (berat medium dan kecil).

"Ini akan membolehkan negeri kita menyediakan kawasan industri yang sesuai di situ untuk meningkatkan ekonomi dan peluang pekerjaan rakyat di dua daerah berkenaan," ujarnya.

Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan di facebooknya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Ahmad Samsuri berkata, perbincangan selama sejam itu berlangsung dalam suasana ceria dan positif.

"Ini adalah tanda bahawa perlunya sikap positif dalam hubungan Kerajaan Persekutan dan Negeri walapun pegangan politik berbeza.

"Hal ini juga berkaitan dengan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Negeri sebagaimana termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan.

"Jadual Kesembilan (Perkara 74,77), Senarai I-Senarai Persekutuan 9 dan 10, Senarai II-Senarai Negeri 2 (a)," jelasnya.


Tag: