• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

MBKT Sedia Kemudahan BBQ di Pantai Seberang Takir

KUALA TERENGGANU, 6 November – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu(MBKT) telah menyediakan beberapa kemudahan tempat BBQ untuk orang ramai membakar ayam, ikan dan sebagainya di tepi pantai Seberang Takir sebagai tarikan terbaharu.

Menurut kenyataan di laman rasminya, MBKT menyediakan kemudahan ini di tapak santai dan perkhemahan di Pantai Seberang Takir, berlatarbelakangkan pemandangan Laut China Selatan yang indah dengan cara yang lebih tersusun dan teratur.   

“Justeru itu, kami  berharap agar kemudahan tersebut digunakan bersama-sama dan dikemaskan setelah  selesai digunakan. 

“Disamping itu, orang ramai perlulah menjaga kebersihan persekitaran agar sentiasa bersih, ceria dan menarik,”katanya.

MBKT turut menyediakan tong-tong sampah yang diperbuat daripada kayu  untuk digunakan demi kebersihan pantai rekreasi berkenaan.


Tag: