• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

MPKK DUN Langkap Jadikan Usrah Medium Bentuk Sahsiah Diri


Oleh : Ariss Alias

SETIU, 5 Ogos - Penganjuran sesebuah usrah membentuk peribadi dan sahsiah ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti (MPKK), seterusnya menjadikannya sebagai sebuah badan pengurusan peringkat komuniti yang cemerlang di negara ini.

Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS)Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Hassan Karim berkata usrah yang dianjurkan pada setiap bulan menjadi salah satu medium dalam membentuk sahsiah diri mereka.

Sementara itu, Ibrahim Tahir selaku Pengerusi Persatuan Ulama' Malaysia (Cawangan Terengganu) yang memimpin usrah berkata perkara yang penting di dalam usrah ialah taaruf, untuk saling kenal mengenali untuk mengikat hati supaya ada kecintaan sesama ahli.

Beliau turut memberi pesanan untuk mengutamakan sahabat dan jamaah dari diri sendiri.

"Ahli usrah diseru untuk mengukuhkan asas keimanan dan perkara untuk mengajak ke arah keimanan ini tidaklah mudah.

" Perlunya kehadiran rasa cinta kepada agama di dalam hati supaya beriman dengan Allah, Rasul dan Al-Quran sepenuhnya,"ujarnya ketika ditemui di majlis usrah yang bertempat di Masjid Kampung Bukit Nenas, di sini, baru-baru ini.

Majlis ini adalah siri ke empat selepas tiga siri sebelum ini yang diadakan di masjid-masjid berlainan lokasi di sini.

Seramai 50 orang hadir pada majlis ini yang terdiri daripada wakil-wakil MPKK DUN Langkap.

Bagi Timbalan Pengerusi MPKK Sungai Bari Anuar Mohamed, 42, pula, program seperti ini amat memberi manfaat kepada peserta kerana mengukuhkan kefahaman kepada Islam.

“Saya sentiasa tidak melepaskan peluang hadir ke majlis ilmu ini.

"Apabila kita sama-sama berkumpul seperti ini, secara tidak langsung hubungan persaudaraan semakin erat dan memudahkan kerjasama,"ujarnya.


Tag: