Muay Thai Tepati Sasaran Dua Emas
KUALA LUMPUR, 22 September - Muay Thai tepati sasaran awal untuk mengondol dua pingat emas di Temasya Sukan Malaysia 2022 (SUKMA 2022) selain menyumbang tiga perak dan satu gangsa untuk Kontijen Terengganu
Dua pingat itu dipungut oleh Ahmad Nor Iman Aliff Rakib dalam kategori 55-57 kg dan Ahmad Nor Iman Hakim kategori 63.5-67 kg dalam acara yang diadakan di South City Plaza, Seri Kembangan di sini.
Bapa Angkat Muay Thai, Alias Harun menzahirkan ucapan tahniah kepada semua atlet dan juga pegawai-pegawai sukan tersebut yang berjaya menepati sasaran awal.
"Sukan ini kalau kita tengok luarannya ganas dan kasar, tetapi sebaliknya sangat berdisiplin dan menghormati lawan dimana bila tamatnya perlawanan mereka berpelukan serta bersalaman," katanya.