lightning-solid
Berita :
Berbeza Politik Tidak Batas Hubungan, Dr Azman Ziarah JPKKP Kg Apal
Berbeza Politik Tidak Batas Hubungan, Dr Azman Ziarah JPKKP Kg Apal
Hidayah Azlin
1 jam yang lepas
41

SETIU, 26 Ogos – Perbezaan fahaman politik sama sekali tidak membataskan hubungan ukhuwah dan sikap keprihatinan kepimpinan negeri terhadap kebajikan pemimpin akar umbi.

Prinsip dan budaya politik matang dan sejahtera  tersebut dibuktikan menerusi tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr Azman Ibrahim yang meluangkan masa menziarahi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Apal, Mohd Sidek Said yang kini berada dalam keadaan keuzuran.

Meskipun berbeza wadah politik, kunjungan mesra itu berlangsung dalam suasana penuh harmoni, diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) , Ibrahim Jusoh bersama saf Ahli Jawatankuasa (AJK) JPKK kampung berkenaan.

Dr Azman menzahirkan doa agar ketabahan dan ganjaran pahala mengiringi ujian kesihatan yang dihadapinya.

"Kita mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran pahala di atas ujian ini, dikuatkan hati beliau untuk terus bersabar menghadapinya serta dikurniakan kesembuhan dengan segera," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, beliau turut menyantuni beberapa penduduk sekitar di Kampung Bukit Rambutan, Kampung Apal Hilir, Gong Lilit dan Pohon Tal menerusi siri kunjungan dari rumah ke rumah.

Beliau menegaskan pendekatan mesra rakyat itu penting bagi memastikan keharmonian dan ikatan persaudraan sesama penduduk setempata sentiasa terpelihara. 

''Temu mata, tanya khabar dan rapatkan ukhuwwah sesama kita. Tiada beza, kita semua hamba Allah Yang Maha Esa.'' ujarnya



Tag :

Artikel Berkaitan