lightning-solid
Berita :
Nahas 15 Pelajar UPSI, Solat Jenazah di Masjid Hadhari
Nahas 15 Pelajar UPSI, Solat Jenazah di Masjid Hadhari
Mastura Jamal Din
09 Jun 25
175

BESUT, 9 Jun - Lima belas jenazah penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dijangka akan disolatkan di Masjid Hadhari, Jertih, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Dr Riduan Mohamad Nor  berkata, semua van jenazah akan bergerak pulang serentak ke Terengganu dan dijangka tiba 10 malam.

"Solat jenazah di Masjid Hadhari, Jertih dan waktu solat jenazah akan diberitahu kemudian," katanya di laman Facebook rasminya hari ini.

Dalam masa sama, seramai 160 orang pelajar UPSI berlepas dari kampus UPSI di Tanjung Malim ke Jerteh, Terengganu petang tadi.

Ia bagi memberikan penghormatan terakhir kepada 15 pelajar UPSI yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dinaiki mereka dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi.


 


Tag :

Artikel Berkaitan