• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Naiktaraf Jambatan Manir Antara Keutamaan Kerajaan Negeri

KUALA TERENGGANU, 4 Oktober - Jambatan Manir perlu dinaiktaraf bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata berdasarkan kajian dan penelitian yang telah dibuat, jambatan tersebut sudah terlalu lama dan menjadi antara punca kesesakan teruk di jalan tersebut.

"Ini kerana Jalan dari Durian Burung ke Pulau Rusa telah di naik taraf kepada 'double carriage way' (jalan raya berkembar) dan menyebabkan berlakunya 'bottleneck' (kesesakan) di jambatan Manir kerana laluan di jambatan masih 'single carriageway' (selorong bagi sehala). 

"Sehubungan dengan itu, Projek Menaik Taraf Jalan, Jejambat dan Jambatan di Laluan Jalan FT003: Dari Kg. Pulau Rusa Ke Bulatan Batu Enam Ke Persimpangan Laluan FT065 Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu telah mendapat perhatian kerajaan Negeri.

Beliau berkata demikian di sesi penggulungan di Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-15, di sini, hari ini.

Justeru itu katanya, kerajaan negeri telah meminda senarai keutamaan projek dari senarai ke sepuluh kepada menjadi senarai pertama keutamaan projek bagi Negeri Terengganu di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).