• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Nasib Asnaf Terus Diberi Perhatian


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 20 Ogos - Nasib golongan asnaf di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut terus diberi perhatian dan dibantu melalui program turun padang yang dilaksanakan oleh Mobile Team Daerah Besut.

Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh yang turut bersama-sama penganjur kali ini berkata, program tersebut menyasarkan golongan asnaf yang daif seperti hilang punca pencarian, sakit sehingga tidak mampu bekerja untuk menyara diri dan keluarga serta golongan miskin tegar.


"Kita akan cuba sedaya upaya bagi membantu golongan asnaf di sini supaya mereka dapat hidup dengan selesa.

"Selain pihak-pihak berwajib yang melakukan pelbagai program bagi asnaf, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) juga perlu memainkan peranan penting memastikan golongan yang layak dapat dibantu di setiap kampung,” katanya.


Haji Azbi Salleh berkata, pihak Pusat Khidmad Masyarakat DUN Kuala Besut akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Jabatan Pembangunan Pusat (JPP) bagi membantu penduduk Kuala Besut.

Program selama dua hari itu telah disertai oleh wakil daripada Pusat Khidmat DUN Kuala Besut, MAIDAM, JKM dan JPP.





Tag: